Saturday, January 29, 2011

Camp

Ketibaan di Bendang Man, Resort

Relax2 sebelum makan
sesi perkongsian pengalaman
Entri kali nie nak cita tentang pengalaman penulis menyertai 2 kem berturut-turut p7-9 Januari 2011 & 14 - 16 Januari 2011. Eh tapi macam dh lari tema blog nie pasal teknologi or kejuruteraan..haha.. Kalau asyik cita pasal bab2 tu pun bosan gak kan.. Kem pertama dikenali sebagai 
I-Camp, anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di Bendang Man, Sik, Kedah. Kem nie lebih berkonsep islamik yg menekankan akhlak, ikhtilad (Pergaulan antara lelaki & perempuan) & aurat.. Memang best sebab dapat masuk kem yang lebih mendekatkan diri kepada Allah. Terasa diri nie belum bersedia untuk menghadapi Tuhan yang mencipta sekalian alam.. PMI juga menekankan 3 perkara kepada para peserta kem nie iaitu solat berjemaah, ikhtilat & aurat..Apa yang best kem nie lebih bersifat santai yang tak terlalu menekan para 
peserta.. Antara amalan2 yang ditekankan ialah Qiamullai, solat sunat dhuha, bacaan al-mathurat, bacaan surah al-mulk sebelum tidur & solat berjemaah..Kami juga didedahkan dengan kuliah2 dasar & aktiviti2 dalam kumpulan yang lebih untuk membimbing menjadi umat yang boleh mengangkat syiar Islam..aktiviti pada waktu petang mesti la mandi air terjun kat Bendang Man nie..huhu.. Apa2 pun I-Camp memang best walaupun x banyak aktiviti2 yang mencabar tapi sekurang2nya dapat pengalaman2 yang berguna untuk menghadapi cabaran umat akhir zaman nie..

Air terjun Bendang Man

Mandi-manda air terjun

khusyuk mendengar forum
Makan dalam talam beramai2


mendengar taklimat

Sesi dalam LDK




Debat antara muslimat

Kenangan sebelum pulang..













Untuk kem ke-2 plak berlangsung d Bukit Hijau, Kedah..Sebenarnya program nie dinamakan sebagai 'Family Day' tapi tmpat & aktiviti memang sesuai dipanggil kem..So, kira kem gak la..Ok, Bukit Hijau nie memang sesuai untuk melakukan aktiviti2 yang mencabar seperti wet abseiling, flying fox, jungle trekking, dll..Kami tiba di Bukit Hijau pada malam 14/1/2011, first sampai tu cuma sesi perkenalan & sedikit taklimat perjalanan program..

 Aktiviti bermula pada pagi 15/1/2011, aktiviti yang pertama iaitu senaman ringan sebelum melakukan aktiviti berat..Seterusnya, para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan pertama melakukan wet abseiling pada waktu pagi & kumpulan 2 melakukan flying fox.. Sebelah petang kumpulan 1 & 2 nie akan bertukar melakukan aktiviti yang telah dlakukan..Penulis tergolong dalam kumpulan 2..So, aktiviti pertama  yg dlakukan ialah flying fox..Memang best..
Senaman Ringan..
Flying Fox










Pada sebelah petang sesudah solat zohor, kami meneruskan aktiviti kedua iaitu wet abseiling.. apa tu?haha..Bagi yang belum mengetahui wet abseiling nie aktiviti menuruni curam air terjun.. Bagi penulis, inilah aktiviti yang paling best skali kat kem nie..Memang sangat mencabar..Kederasan air terjun + licin + curam = Best.. Apa yang penting dalam sukan wet abseiling nie ialah pandai mengawal keseimbang badan terutama ketika menuruni curam air terjun..Bagi sesiapa2 yang meminati sukan yang lasak, patut mencuba aktiviti nie..
Kedarasan air terjun menambahkan lagi cabaran..

Safety first..










Keindahan air terjun Bukit Hijau..


Setelah selesai melakukan aktiviti nie, kami tidak melepaskan peluang untuk mandi air terjun..hehe..Tempat nie memang suasana yang sesuai untuk berkelah & santai..





Pada sebelah malam plak, aktiviti malam kebudayaan..Dimulakan dengan acara makan(BBQ) & kami dibahagikan kepada 6 kumpulan mempunyai 'task' masing untuk dipersembahkan.. Macam2 lagak & gaya dipersembahkan..Yang paling penting kami dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta..
Dikir Barat
Lakonan



Jom pusing2 Bukit Hijau..
Selepas selesai malam kebudayaan, lebih kurang jam 11.30 peserta dibenarkan tidur.. Dalam 3.30 pagi, kami dikejutkan oleh para faci..(aish nak wat apa plak pagi2 nie)..Kami dikumpulkan d suatu tempat & diberi taklimat tentang aktiviti yg seterusnya..haha..Aktiviti nie dinamakan permainan Burung Hantu, lbh kurang aktiviti night trail laa.. Jalan2 sambil mata ditutup..Motif aktiviti nie ialah untuk melatih diri untuk mengikut arahan..ermm mungkin r..Selesai aktiviti nie dalam jam 5.30 pg & kami dibenarkan untuk persiapan diri..

muka2 kepenatan..
Berehat seketika..

Pada waktu pagi selepas 'breakfast', dalam jam 9 pg kami melakukan aktiviti 'Jungle Trekking'.Memang mencabar untuk meredah hutan yang berbukit + curam.. Aktiviti nie mengambil masa lebih kurang 3 jam  lbh..Memang penat tapi best dapat tengok flora2 yg tumbuh hanya d kawasan bukit..
Bergambar selepas Jungle Trekking
 Selepas selesai aktiviti Jungle Trekking, kami berkumpul seketika untuk mengambil gambar bersama sebagai kenangan hari terakhir di Bukit Hijau.. Berakhir la sudah kem d Bukit Hijau..Kesimpulannya, menyertai kem2 yang dianjurkan memang dapat pengalaman yang x dapat dilupakan.. Aktiviti di kem dapat memupuk semangat kerjasama, keberanian, keyakinan diri, cara pergaulan dll..Inilah yang dinamakan PROSES sebagai seorang mahasiswa dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi dunia luar yang mencabar..

ke Chalet Bukit Hijau
kenangan bersama..

Kenangan terakhir d Bukit Hijau
Santai seketika sebelum balik..




No comments:

Post a Comment