Sunday, December 26, 2010

Kereta Api Maglev (Maglev Train)

Penahkan anda mendengar tentang Kereta Api Maglev? Mungkin anda membayangkan Kereta Api Maglev itu merupakan nama khas bagi kereta Api di sesebuah negara seperti LRT, KL Monorel & sebagainya. Perkataan MAGLEV ialah ringkasan daripada MAGnet LEVitation. Magnetic Levitation ( juga dikenali sebagai Magnetic Suspension ) ialah kaedah untuk mengapungkan sesuatu objek dengan menggunakan medan magnet. Dalam sistem ini, tekanan magnetik digunakan untuk melawan kesan daripada graviti & setiap percepatan (acceleration) yang lain. Jadi, teknologi MAGLEV ini menggunakan medan magnet untuk mengapungkan kereta api dan menggerakkanya ke hadapan.
Gambar disebelah ini menunjukkan bagaimana teknologi MAGLEV ini beroperasi. Secara ringkas yang boleh penulis kongsi disini ialah sistem ini menggunakan kutub utara & selatan bagi sesebuah magnet untuk menggerakkan kereta api. Sudah pasti semua orang sedia maklum bahawa apabila kutub yang sama bertemu, ia akan menolak & kutub yang berlainan bertemu, ia akan menarik. Dengan sistem inilah kereta api MAGLEV dapabergerak kehadapan dengan kadar kelajuan yang tinggi. Antara Kereta Api Maglev yang sedia ada ialah JR-Maglev (Japan), Shanghai Maglev Train (China) & lain2 lagi.


Bagaimana Levitasi Magnetik Beroperasi?
Guidance Magnet
- Fungsi 'guidance magnet' ini ialah untuk mengelakkan maglev train daripada bergoyang-goyang dari sisi ke sisi. .
Guideway Motor
- Mempunyai rotor di dalamnya untuk menghasilkan medan magnet bergerak yang mendorong kereta api ke hadapan. 
- Medan magnet ini akan berinteraksi dengan medan magnet yang dihasilkan oleh 'Lift Electromagnet(support magnet)' dan seterusnya medan magnet bergerak ini akan mendorong & menarik maglev train bersama.
- Prinsip interaksi tolakan & tarikan magnet inilah yang menggerakkan maglev train.
Lift Electromagnet (support magnet)
- Beroperasi untuk mengangkat 'train undercarriage' supaya ia terapung dibawah 'guideway'.
Train Undercarriage
- Sebuah sistem kawalan secara terus-menerus untuk menyesuaikan elektromagnet di bahagian bawah untuk mengekalkan kestabilan maglev train.


Video  ini menerangkan tentang bagaimana Maglev Train beroperasi. Di sini kita dapat lihat pengendalian pengapungan Maglev Train di atas railnya, ia boleh diumpamakan seperti kereta api yang terbang di atas tanah. Teknologi Maglev Train membuka lembaran baru dalam dunia perhubungan & pengangkutan. Teknologi tanpa sentuhan ini membolehkan Maglev Train beroperasi dengan kelajuan antara 300 km/h - 500 km/h. Maglev Train juga dijamin selamat & selesa dengan pengendalian operasi yang licin yang membolehkan penumpang bergerak bebas di atas kereta api ini. 
Selamat Menonton..

Video ini pula menunjukkan  JR-Maglev (Japan) iaitu kereta api yang terlaju di dunia ketika ini. JR-Maglev telah mencatatkan kelajuan 581 km/h & seterusnya diisytiharkan kereta api terpantas di dunia.


Kesimpulannya, teknologi maglev train ini sangat efektif & mengkagumkan. Bayangkan jika teknologi ini dibangunkan di Malaysia, sudah tentu ia memudahkan orang ramai untuk ke mana2 sahaja. Jika perjalanan di antara Johor ke Perlis yang mengambil masa lebih kurang 9-10 jam dengan menggunakan bas atau kereta. Tetapi, jika menggunakan kereta api maglev ini, sudah tentu masa perjalanan dapat dipendekkan sehingga 2-3 jam untuk jarak perjalanan di antara 800 - 900 km/h. Semoga teknologi ini dapat dibangunkan di Malaysia suatu hari nanti & jika mempunyai peluang, penulis ingin menjadi sebahagian daripada pihak yang membangunkan projek mega ini insyaAllah. Setakat ini sahaja daripada penulis, sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment