Thursday, April 28, 2011

Cuti Tahunan..

Assalamualaikum..
Lama rasanya x meng-update blog, dikala terlalu sibuk dengan kehidupan kampus. Fuhh, sem ni memang terlalu padat dengan aktiviti & program2 yang banyak membuatkan penulis tidak berkesempatan untuk mengemaskini entri2 yg dh lama nie.. Bila pkir2 balik, rasanya kejap je masa berlalu, masih terngiang2 lagi hari pertama d usm dan hari2 seterusnya menghadapi liku2 sebagai seorang mahasiswa d universiti. Pejam celik pejam celik dah setahun kt usm & bakal mendapat junior sem depan. Kehidupan universiti memang berbeza dgn alam pembelajaran di sekolah & matrikulasi. Alam kampus lebih kpd usaha dalam mendapatkan ilmu berbanding dgn pembelajaran kita sebelum nie. Rasanya, kebanyakan pljr pasti akan mengalami masalah dalam menyesuaikan diri sewaktu memasuki universiti disebabkan terbiasa dgn cara belajar alam persekolahan & penulis sendiri trmasuk antara golongan tesebut..hehe. Jadi, kpd bkl2 mahasiswa & mahasiswi pada masa akan datang, bersiap sedia dari segi fizikal & mental dalam menghadapi kehidupan universiti. Memang mencabar dan menyeronokkan.. Ermm cita pasal cuti nie, plajar2 universiti d Malaysia akan bercuti selama 4 bln..huhu.. Memang agak lama disebabkan langkah universiti2 di Malaysia yang ingin mengikut sistem pengajian oversea..Kiranya nanti buka semester nanti sama la dgn uni2 oversea. Senang sikit nanti kalo ada pertukaran atau pljr kita/asing untuk sambung bljr.. Penulis mengharapkan cuti nie dapat melaksanakan apa yang telah diplankan. x nak mengsia2kan waktu cuti yang panjang..Pertamanya ingin menajamkan lagi skil2 menggunakan PS CS5..apa benda tu?hee.. PS CS5 ialah perisian Adobe Photoshop CS5 yang digunakan untuk mengedit pic, buat banner, poster, design baju & mcm2 lagi.. Kiranya memang powerful la perisian nie..CS5 merujuk kepada version2 perisian nie, kalo sebelum nie penulis menggunakan PS CS4, So PS CS5 nie kira antara yang terbaru la.. Harap2 dapat generate skill2 dalam menggunakan perisian nie.. Memang best bila dapat menghasilkan karya2 yang cantik & unik terutamanya dalam mengedit pic. Lagipun sebagai seorang pelajar engineering memang skill2 tambahan sebagai pakej untuk menembusi pasaran industri pada masa2 datang.. Keduanya, cuti nie penulis juga ingin menambah ilmu2 sebagai seorang muslim, rasanya masih banyak lagi yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang yang muslim yang dapat berbakti kepada agama, bangsa & negara. Pembelajaran tersebut melalui pembacaan, menonton siaran yang dapat meningkat ilmu contoh forum2 di tv9 & Oasis & menghadiri ceramah2 jika berkesempatan. Terdetik di hati penulis untuk meningkatkan kefahaman dalam ilmu agama time 'study week' dikala diri masih jahil dalam kefahaman tertentu.Ketiganya, ingat sebelum nie nak jdi Research Assistant (RA), tapi rasanya x kot. Nak tolong pak sedara menjalankan bisness kedai runcit. Nak cari pengalaman berniaga, best sebab memang merancang nak menjalankan perniagaan bila dah grade nanti.. Cita pasal RA, ada abg yang keja dengan CEDEC offer kalo cuti nie nak jd RA boleh sebab ada kosong lagi. CEDEC merupakan jabatan kajian USM yang mengkaji tentang kompenen2 ic & research dlm bidang elektrik & elektronik yang memberi sumbangan kpd negara. Abang tu cakap memang sesuai la kalo pelajar elektrik/elektronik kalo nak jdi RA. Boleh dpt pengalaman. Bila pkir2 balik next cuti la jd RA. Cuti nie banyak benda lagi nak buat, lgpun boleh dapat pengalaman gak berniaga.. Semoga cuti nie dapat melaksaknakan perkara2 yang telah dirancang..InsyaAllah..Ok selamat bercuti kpd smua pelajar IPT d Malaysia. Semoga manfaatkan cuti anda..Sekian..^_^