Thursday, January 6, 2011

Nippon

Entri kali nie bukan nk cita pasal cat nippon, tapi pasal negara Jepun ataupun dalam Japanese dikenali sebagai Nippon.. Sebut je pasal Jepun, orang2 dulu akan cakap ada 2 peninggalan Jepun kat negara nie sampai sekarang pun ada lagi..Cuba teka ?haha
jawapan ada kat bwh..he2


Tunggu dulu!!! 


Nie bukan nk cita pasal sejarah penjajahan Jepun di negara kita tapi sekadar nak kongsi sedikit tentang kemajuan teknologi negara Jepun yang sangat mengagumkan. Ok apa kata kita tengok dulu pics nie :-


Gate Tower
Highway Through The Building






Macam mana pernah tengok 'Gate Tower' nie? Memang canggih & unik kan bangunan nie.. 'Gate Tower' ini terletak di Osaka, Jepun & 'highway' yang melalui bangunan ini ialah Hanshin Expressway yang menghubungkan Osaka, Kobe & Kyoto, Japan. Highway Hanshin Expressway ini melalui tingkat 4,5 & 6 daripada 'Gate Tower' yang mempunyai ketinggian 79.1 m yang merupakan bangunan pejabat setinggi 16 tingkat. Untuk makluman bangunan ini siap dibina pada tahun 1992 dan 'builder' bangunan ini ialah  Sato Kogyo Co. Ltd. iaitu syarikat dari Jepun.. Bayangkan semenjak tahun 1992 lagi Jepun dah berjaya cipta bangunan secanggih ini.. Kalau kita perhatikan Jepun memang mendominasi teknologi2 terkini seperti ciptaan robot seperti ASIMO yang bekebolehan menari, menghantar minuman, menyepak bola dan sebagainya.




ASIMO  ataupun nama penuhnya Advanced Step in Innovative Mobility telah dibangunkan oleh syarikat Honda setelah bekerja keras selama 2 dekad untuk mencipta robot humanoid nie. Kalau berminat boleh meneruskan bacaan di Link dibawah..


Sumber : www.ehoza.com


Sebenarnya banyak lagi ciptaan robot dari Jepun seperti Gemonoid-F Hanako dan macam2 lagi..
Hanako


Gemonoid-F
Hah, nie lah robot wanita Hanako & Germonoid-F.. Kalau sekali tengok Germanoid-F nie pasti ada yang akan mengatakan wanita..haha.. Tapi sebenarnya ia ialah robot yang dicipta oleh pensyarah Universiti Osaka,  Prof.Hiroshi Ishiguro, yang bekerjasama dengan syarikat pengeluar robot Jepun, Kokoro. Hanako plak ialah robot humanoid yang dijadikan pesakit untuk pelajar2 yang bakal menjadi doktor gigi. Robot ini dicipta oleh satu pasukan penyelidik Universiti Showa yang diketuai Profesor Atsuo Takanishi di Universiti Waseda termasuk syarikat pengeluar robot.. Rasanya, pelajar2 pergigian di Malaysia pun patut guna robot nie terutama USM Kubang Kerian..haha


Dalam pasaran automobile pula Jepun juga antara negara yang menguasai pasaran dunia seperti Toyota, Honda, Mitsubishi, Mazda, Nissan dan macam2 lagi.. Penulis sangat tertarik dengan syarikat2 automobile dari Jepun nie terutama pembuatan enjin kereta yang sangat moden seperti i-vtec(Honda), mivec(Mitsubishi), VVT-i(Toyota) dan banyak lagi..Tapi syarikat2 dari Europe pun tidak kurang hebatnya seperti Mercedes, BMW, Ferrari, Bugatti, Volvo, Volkvagen & lain2 lagi. Kalau sebut ja tentang barangan elektronik plak, pastinya syarikat Jepun antara pengeluar utama seperti Sony, Panasonic, Pioneer, Canon, Toshiba, Nikon, JVC dan lain2 lagi. 


Setakat ini sajalah untuk entri kali ni tentang negara Nippon ini.. Penulis berpendapat kejayaan2 Jepun dalam bidang teknologi & kejuruteraan ini adalah usaha gigih rakyatnya untuk membangunkan negara mereka. Pasti semua sedia maklum yang rakyat Jepun sangat berdisiplin, menepati masa, bekerja keras, tidak suka membuang masa dan sebagainya. Allah juga telah berfirman dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"


Sumber: Surah Ar-Rad

Jadi, melalui firman Allah ini jelas bahawa sekiranya sesuatu bangsa itu ingin maju, mereka harus berusaha untuk merubah nasib mereka jika ingin berjaya dalam hidup. Terdetik di fikiran penulis sekiranya negara2 Islam termasuk negara kita berjaya menjadi sebuah negara yang maju seperti negara Jepun, pasti orang2 kafir akan kagum & menghormati agama islam & seterusnya dapat mengangkat syariat Islam di mata dunia..Fikir2kanlah..


Sebelum mengundur diri penulis ingin meninggalkan lirik lagu Frank Sinatra - My Way yang menjadi music background blog ini.. Lagu yang sangat klasik & bermakna .. Terlupa plak pasal jawapan kat atas, nie jawapan : Penampar Jepun & selipar Jepun..^_^


Frank Sinatra - My Way


And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, I’ll say it clear,
I’ll state my case, of which I’m certain.

I’ve lived a life that’s full.
I’ve traveled each and ev’ry highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, I’ve had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, I’m sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

I’ve loved, I’ve laughed and cried.
I’ve had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got? 
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!



Sumber : ilirik




2 comments:

  1. walaupun agak kebudusan dalam BI, tapi diorang hebat dari segi teknologi. US pon kalah woooo

    ReplyDelete
  2. btul2..
    jepun mmg hebat dlm teknologi n sygkn bahasa ibunda..
    pljr luar pn kena bljr bhsa jepun kalo nk stdy kt jepun..great japan..

    ReplyDelete