Friday, December 31, 2010

2011

Sekejap je dh msk 2011, rasa macam semalam ja masuk tahun 2010.. Apa2 pun bila mengimbau balik kenangan 2010 nie memang macam2 berlaku. 2010 bermula dengan kehidupan matrikulasi sem 2, then sem 1 di USM dan sekarang dah sem 2.. Cakap pasal tahun baru mesti semua orang sibuk cakap pasal azam baru walaupun azam tahun lepas x tercapai lagi..haha.. Tp sebagai umat islam kita sepatutnya lebih mengutamakan Takwin Hijri kita iaitu dah 1432 bebanding tahun Masihi.. Tp disebabkan negara kita menggunakan tahun Masihi, ramai yang x mengenali Takwin Hijri nie.. Azam penulis untuk tahun baru Takwin Hijri 1432 bersamaan dengan 2011 nie, untuk membaiki kelemahan2 diri sewaktu di sem 1.. Pasti ramai pelajar di luar sana ingin berjaya dalam apa2 pun bidang & penulis juga tidak terlepas daripada keinginan tersebut.. Sebut ja pasal kenangan 2010, teringat souvenir dari Jepun..he2.. Gadjet yang abg beli di Jepun iaitu Kamera compact Canon Ixy 10s.

Ini la antara Gadjet dari Japan Domestic Market. Kalau kat Malaysia model nie dikenali sebagai ixus 210. Kalau nak banding harga pun memang jauh berbeza. Kalau kt Malaysia harga kamera nie memang 1k ke atas tapi kalau kat jepun memang lebih kurang RM 570 ja x termasuk memori kad.. memang murah kan? Memang untung la kalau sapa2 yang berminat nak buat bisnes pasal gadjet nie terutama Canon Malaysia yang memang untung banyak..haha..Lepas nie nak cari kamera SLR plak la..he2..Nie sebab best ja tengok abg amik gambar guna SLR Nikon D90..Ok berbalik kepada 2010, kenangan2 yang x boleh lupa mesti la zaman d matrikulasi, kalau nk upload gambar tu rasanya memang terlampau banyak, sedih plak rasa sebab x dapat join reunion baru2 nie kat matrik Jengka..InsyaAllah satu hari nanti nak kembali ke Kolej Matrikulsi Teknikal Pahang (KMTPh) di Jengka, nak tengok perubahan2 yang berlaku.. Memang zaman first batch kat matrik yang paling best walaupun Jengka terletak agak pedalaman..haha.. Pejam celik pejam celik dah sem 2 kat U.. Sem 1 terasa tersangat cepat.. Sem 1 kt U nie pun banyak gak kenangan, kalau nak cita tu memang banyak.. Tp kehidupan universiti memang mencabar n best..Tahun 2011 nie dah nak masuk umur 20 tahun..huhu
Bila sebut je angka 20 nie dah nak masuk alam dewasa, memang lain la dengan alam remaja..Makin meningkat umur kan makin matang..Ok semoga kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari semalam.. Semoga tercapai azam baru.. Gud Luck..

Wednesday, December 29, 2010

Bunga Api (Fireworks)

Artikel kali ini, penulis ingin berkongsi serba sedikit ilmu tentang bunga api ( dalam english dikenali sebagai 'fireworks'). Bunga api yang penulis maksudkan bukanlah bunga api ataupun mercun yang kita main pada waktu hari raya, tetapi bunga api yang selalu dimainkan sewaktu sambutan tahun baru ataupun  mungkin dalam sesuatu 'fireworks competition'. Kalau sebut pasal bunga api & mercun di hari raya ni, teringat zaman2 muda dahulu kala, he2.. Macam2 kenangan kalau diingatkan balik, bab2 mercun & bunga api dah menjadi perkara wajib sebelum menyambut hari raya tu. Nak kata x tau tentang bahaya mercun tu sebenarnya semua orang tau, tapi main mercun & bunga api nie dah macam 'trend' sewaktu hari raya. Penulis juga pernah bermain meriam, haha..
memang diakui agak nakal sewaktu zaman2 remaja dahulu.. Tapi waktu tu belum belajar lagi pun kimia tapi dah pandai campur reaksi antara kabat ( carbide) + air pastu dicucuh dengan api, mesti berdentum punya..
Eh ni bukan dah cita pasal bunga api nie tapi pasal mercun & meriam plak,he2.. Ok berbalik kepada tajuk, bunga api yang selalu kita tengok dalam TV ataupun 'live' sewaktu sambutan tahun baru tu juga memerlukan 'reaction' untuk meletup. Malah 'reaction' untuk jenis bunga api ini lebih rumit dan memerlukan kepakaran untuk menghasilkannya. Jadi, untuk sambutan tahun 2011 yang akan menjelang beberapa hari lagi ni, boleh la sama2 kita saksikan bunga api memenuhi ruang angkasa. Memang mempesonakan..


Ini ada contoh bunga api yang digunakan ketika sambutan tahun baru & gambar di bawah ini pula menunjukkan struktur dalaman untuk bunga api ini ataupun dikenali sebagai 'shell'.



Shell










Untuk menghasilkan letupan, bunga api ini akan dicucuh dengan api pada benang bunga api itu ataupun dikenali sebagai 'fuse'. Fuse ini berfungsi untuk nyalaan api melaluinya hingga ke 'Bursting charge'. Apabila nyalaan api sampai ke  'Bursting charge' ni, jadi pembakaran (combustion) akan meletupkan 'stars'. Stars pula berfungsi untuk menghasilkan pelbagai bentuk bunga api di ruang angkasa. Tetapi bagaimana bunga api ini boleh meletup di ruang angkasa? Jawapannya di bahagian bawah bunga api ini terdapat 'Lifting Charge' dimana benang ataupun 'fuse' ini akan berhubung dengan 'Lifting Charge'. Maksudnya di sini ialah nyalaan api akan sampai dahulu ke 'Lifting Charge' sebelum ke 'Bursting Charge'. Jadi, apabila 'Lifting Charge' ini yang terdiri daripada 'black powder' akan menghasilkan 'reaction' dengan nyalaan api dan seterusnya menghantar 'shell' ini ke ruang angkasa. Agak rumit kan proses sebelum bunga api ni nak meletup? Tetapi kalau dihasilkan dengan kreativiti seperti berbentuk 'smiley face' dengan ditambah dengan pelbagai warna2 pilihan, semestinya sangat mempesonakan sesiapa yang melihatnya.

 Kuala Lumpur

Putrajaya
Cantik kan suasana letupan bunga api yang pelbagai warna ni menghiasi ruang angkasa? Tetapi bagaimana warna2 ini dihasilkan? Pelbagai warna yang dihasilkan melalui letupan bunga api ini ialah melibatkan gabungan daripada 'oxygen producer' (penerbit oksigen), 'fuels'(bahan bakar), 'binder' (pengikat) dan 'colour producers'(penerbit warna). Cahaya yang pelbagai warna ini dihasilkan melalui 'heat' (haba). Jadi, cahaya ini dihasilkan melalui 'chemical reaction' tanpa haba yang terlalu kuat yang berlaku di dalam 'shell'.

Ini adalah antara bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan warna2 tertentu:

Red - Strontium & Lithium
Orange - Calcium
Gold - Incandescence of Iron, Charcoal (arang), or Lampblack (jelaga)
Yellow - Sodium
Electric White - Magnesium or Aluminium
Green - Barium + a Chlorine producer
Purple - Strontium + Copper
Silver - Aluminium, titanium or magnesium powder or flakes (serpih).

Ilmu2 yang dikongsi  ini bukanlah untuk menjadi kebanggan yang penulis mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi lebih kepada ingin berkongsi tentang apa yang penulis ketahui ataupun daripada bacaan buku tertentu. Sesungguhnya apabila menulis di dalam blog ini, ilmu2 ini lebih membuatkan penulis ingat disamping dapat berkongsinya. Macam skema la plak ayat kan? haha..
Sekian, Terima Kasih.         


Sunday, December 26, 2010

Kereta Api Maglev (Maglev Train)

Penahkan anda mendengar tentang Kereta Api Maglev? Mungkin anda membayangkan Kereta Api Maglev itu merupakan nama khas bagi kereta Api di sesebuah negara seperti LRT, KL Monorel & sebagainya. Perkataan MAGLEV ialah ringkasan daripada MAGnet LEVitation. Magnetic Levitation ( juga dikenali sebagai Magnetic Suspension ) ialah kaedah untuk mengapungkan sesuatu objek dengan menggunakan medan magnet. Dalam sistem ini, tekanan magnetik digunakan untuk melawan kesan daripada graviti & setiap percepatan (acceleration) yang lain. Jadi, teknologi MAGLEV ini menggunakan medan magnet untuk mengapungkan kereta api dan menggerakkanya ke hadapan.
Gambar disebelah ini menunjukkan bagaimana teknologi MAGLEV ini beroperasi. Secara ringkas yang boleh penulis kongsi disini ialah sistem ini menggunakan kutub utara & selatan bagi sesebuah magnet untuk menggerakkan kereta api. Sudah pasti semua orang sedia maklum bahawa apabila kutub yang sama bertemu, ia akan menolak & kutub yang berlainan bertemu, ia akan menarik. Dengan sistem inilah kereta api MAGLEV dapabergerak kehadapan dengan kadar kelajuan yang tinggi. Antara Kereta Api Maglev yang sedia ada ialah JR-Maglev (Japan), Shanghai Maglev Train (China) & lain2 lagi.


Bagaimana Levitasi Magnetik Beroperasi?
Guidance Magnet
- Fungsi 'guidance magnet' ini ialah untuk mengelakkan maglev train daripada bergoyang-goyang dari sisi ke sisi. .
Guideway Motor
- Mempunyai rotor di dalamnya untuk menghasilkan medan magnet bergerak yang mendorong kereta api ke hadapan. 
- Medan magnet ini akan berinteraksi dengan medan magnet yang dihasilkan oleh 'Lift Electromagnet(support magnet)' dan seterusnya medan magnet bergerak ini akan mendorong & menarik maglev train bersama.
- Prinsip interaksi tolakan & tarikan magnet inilah yang menggerakkan maglev train.
Lift Electromagnet (support magnet)
- Beroperasi untuk mengangkat 'train undercarriage' supaya ia terapung dibawah 'guideway'.
Train Undercarriage
- Sebuah sistem kawalan secara terus-menerus untuk menyesuaikan elektromagnet di bahagian bawah untuk mengekalkan kestabilan maglev train.


Video  ini menerangkan tentang bagaimana Maglev Train beroperasi. Di sini kita dapat lihat pengendalian pengapungan Maglev Train di atas railnya, ia boleh diumpamakan seperti kereta api yang terbang di atas tanah. Teknologi Maglev Train membuka lembaran baru dalam dunia perhubungan & pengangkutan. Teknologi tanpa sentuhan ini membolehkan Maglev Train beroperasi dengan kelajuan antara 300 km/h - 500 km/h. Maglev Train juga dijamin selamat & selesa dengan pengendalian operasi yang licin yang membolehkan penumpang bergerak bebas di atas kereta api ini. 
Selamat Menonton..

Video ini pula menunjukkan  JR-Maglev (Japan) iaitu kereta api yang terlaju di dunia ketika ini. JR-Maglev telah mencatatkan kelajuan 581 km/h & seterusnya diisytiharkan kereta api terpantas di dunia.


Kesimpulannya, teknologi maglev train ini sangat efektif & mengkagumkan. Bayangkan jika teknologi ini dibangunkan di Malaysia, sudah tentu ia memudahkan orang ramai untuk ke mana2 sahaja. Jika perjalanan di antara Johor ke Perlis yang mengambil masa lebih kurang 9-10 jam dengan menggunakan bas atau kereta. Tetapi, jika menggunakan kereta api maglev ini, sudah tentu masa perjalanan dapat dipendekkan sehingga 2-3 jam untuk jarak perjalanan di antara 800 - 900 km/h. Semoga teknologi ini dapat dibangunkan di Malaysia suatu hari nanti & jika mempunyai peluang, penulis ingin menjadi sebahagian daripada pihak yang membangunkan projek mega ini insyaAllah. Setakat ini sahaja daripada penulis, sekian Terima Kasih.

Friday, December 3, 2010

It's All About Engineering

Assalamualaikum..
Dewasa ini, kita dapat lihat pelbagai pembaharuan & pembangunan teknologi2 canggih yang akan merubah corak kehidupan manusia pada masa akan datang. Di sini penulis yang baru 'setahun jagung' menceburi dunia blog ini ingin berkongsi serba sedikit tentang ilmu2 Allah sama ada duniawi  atau ukhrawi, sesungguhnya ilmu Allah itu sangat meluas.Penulis ingin berkongsi ilmu2 yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita tentang ilmu kejuruteraan, teknologi, sains, keagamaan & pelbagai lagi untuk sama2 kita mempelajari & menguasai ilmu pengetahuan ini. Sebagai seorang pelajar kejuruteraan, penulis ingin berkongsi pelbagai informasi tentang dunia kejuruteraan yang telah mentransformasi dunia menjadi serba moden di abad yang ke 21 ini. Sesungguhnya penulis hanya insan biasa yang mempunyai kelemahan & tak lekang dari melakukan kesalahan. Sekiranya penulis ada melakukan kesilapan2 dalam informasi2 tertentu, diharapkan saudara/i sekalian dapat menegur dan memberi komen. Penulis lebih melihat pendekatan berkongsi maklumat itu lebih baik dalam mempelajari sesuatu yang baru, 'Sharing is Caring'.